Lelaki cium jilat muka wanita dijel tujuh bulan

Sabtu, 2 Jun 2012


TAIPEI: Seorang lelaki warga Thailand semalam dipenjarakan tujuh bulan kerana secara paksa mencium seorang wanita rakyat tempatan dan menjilat mukanya di bandar di utara negara itu.

Lelaki itu didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di bandar raya New Taipei Februari lalu, tanpa kerelaan wanita berkenaan, lapor mahkamah daerah Banciao. 

Menurut mahkamah, dia merenggut wanita itu ketika mangsa sedang berjoging di sebuah stadium pada waktu malam.

Apabila mereka terjatuh dan ketika wanita itu cuba melawan, dia secara paksa mencium dan menjilat mangsa hingga seorang pejalan kaki mendengar jeritan wanita itu dan menghulurkan bantuan. - AFP
relevansokmo
* Sumber

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Arry summi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger